وَهُوَ بَابٌ فِي حَشْرِ النَّاسِ
بَعْدَ مَا يُبْعَثُونَ مِنْ قُبُورِهِمْ إِلَى الْمَوْقِفِ الَّذِي بَيَّنَ
لَهُمْ مِنَ الْأَرْضِ
Ia adalah bab pada menyatakan: Manusia Berkumpul Selepas Dibangkitkan
daripada Kubur Mereka Sehingga ke Tempat Yang Telah dijelaskan daripada Bumi.
1. Diserahkan Kitab Amalan
Orang-orang yang dikehendaki Allah akan dibangkitkan. Apabila sampai
waktu yang dikehendaki Allah untuk dihisab, lalu diperintahkan kitab yang
menyebutkan amal perbuatan manusia yang telah ditulis oleh al-Kiramul Katibun
(untuk diberikan kepada mereka), lalu ia diserahkan.
Sebahagian daripada mereka, ada yang diserahkan kitab amalannya daripada
sebelah kanan – mereka itulah kelompok yang berbahagia (السعداء). Sebahagian yang lain diserahkan kitab amalannya daripada
sebelah kiri atau daripada arah belakang – mereka itulah kelompok yang
menderita (الأشقياء).
Allah berfirman di dalam surah al-Muthoffifin:
أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ ٤ لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ ٥ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ
لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٦
Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa mereka akan
dibangkit pada suatu hari yang besar. Iaitu pada hari manusia menghadap Tuhan
smesta alam.
(Al-Muthoffifin: 4-6)
2. Manusia Akan Berdiri di Atas Kaki
Diberitakan bahawa manusia pada hari kiamat nanti akan berdiri di atas
kaki-kaki mereka. Telah dijelaskan bahawa tiada hal lain bagi mereka pada hari
tersebut melainkan dalam keadaan berdiri.
257: Diceritakan kepada kami oleh Abu al-Hasan
al-`Alawi, diberitakan kepada kami oleh Abu Hamid – dia ialah Ibnu asy-Syarqi,
diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Yahya az-Zuhli, diceritakan kepada
kami oleh Ya`qub bin Ibrahim bin Sa`ad, diceritakan kepada bapaku, daripada
Soleh bin Kaisan, diceritakan kepada kami oleh Nafi`, bahawa Abdullah bin Umar,
beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
يَقُومُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ حَتَّى يَغِيبَ
أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ
Manusia akan bangkit (berdiri) pada hari kiamat di
hadapan Tuhan semesta alam sehingga seseorang akan tenggelam di dalam peluhnya sehingga ke
pertengahan kedua-dua telinganya.
Hadis ini direkod oleh Muslim di dalam Sahih Muslim[1],
daripada hadis Ya`qub.
258:
Diceritakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hafiz, diberitakan kepada kami
oleh Abu Bakar bin Abdullah, diberitakan kepada kami oleh al-Hasan bin Sufyan,
diceritakan kepada kami oleh al-Hakam bin Musa, diceritakan kepada kami oleh
Yahya bin Hamzah, daripada Abdur rahman bin Yazid bin Jabir, beliau berkata:
diceritakan kepada kami oleh Sulaim bin `Amir, diceritakan kepada kami oleh
al-Miqdad bin al-Aswad, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah SAW berkata:
تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ
مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ: فَوَاللهِ
مَا أَدْرِي مَا عَنَى بِالْمِيلِ أَمَسَافَةُ الْأَرْضِ أَمِ الْمِيلُ الَّذِي يُكَحَّلُ
بِهِ الْعَيْنُ. قَالَ: " فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي
الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى
رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حِقْوَيْهِ، ومَنْ يُلْجِمُهُ إِلْجَامًا
" قَالَ: وَأَوْمَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فِيهِ
Matahari merendah kepada makhluk pada hari kiamat
sehingga menjadi sejarak mail. Sulaim berkata: Demi Allah, aku tidak
mengetahui maksud mail itu sama ada ia adalah jarak di bumi atau jarak sejauh
mata memandang. Rasulullah meneruskan: Peluh manusia ketika itu akan dinilai
berdasarkan kadar amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang peluhnya sehingga
kedua-dua buku lalinya. Sebahagiannya sehingga lutut. Sebahagiannya sehingga
pinggangnya. Sebahagiannya menahan dengan sungguh-sungguh: Rasulullah SAW
mengisyaratkan kepada mulutnya.
Direkodkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim daripada al-Hakam bin Musa.
Kami telah menjelaskan segala hadis (yang berkaiatn isu ini) di dalam kitab
al-Ba`s.
Allah berfirman:
وَكُلَّ إِنسَٰنٍ أَلۡزَمۡنَٰهُ طَٰٓئِرَهُۥ فِي عُنُقِهِۦۖ
وَنُخۡرِجُ لَهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ كِتَٰبٗا يَلۡقَىٰهُ مَنشُورًا ١٣ ٱقۡرَأۡ كِتَٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ
عَلَيۡكَ حَسِيبٗا ١٤
13. Dan tiap-tiap manusia itu
telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada
lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang
ditemuinya dalam keadaan terbuka. 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu
sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".
(Al-Israa: 13-14)
Allah berfirman:
وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ
١٠ كِرَامٗا كَٰتِبِينَ ١١ يَعۡلَمُونَ
مَا تَفۡعَلُونَ ١٢
10. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada
(malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu) 11. yang mulia (di sisi Allah)
dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu) 12. mereka mengetahui apa yang kamu
kerjakan.
(Al-Infithar: 10-12)
إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ
قَعِيدٞ ١٧ مَّا
يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨
17. (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal
perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah
kiri. 18. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya
malaikat pengawas yang selalu hadir.
(Qaf: 17-18)
هَٰذَا كِتَٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّا كُنَّا
نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٢٩
29. (Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan)
Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh
mencatat apa yang telah kamu kerjakan"
(Al-Jasiyah: 29)
3. Orang Yang Menerima Kitab Akan Memberi Ulasan
Diberitahu
kepada kita bahawa orang yang akan membaca kitab mereka akan berkata:
وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا
فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ
صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ
حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩
49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang
bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka
berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan
yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan
mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak
menganiaya seorang juapun"
(Al-Kahfi: 49)
Orang
yang diberi kitab mereka daripada arah kanan akan berkata:
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ
هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ ١٩ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي
مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠ فَهُوَ
فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ ٢١ فِي
جَنَّةٍ عَالِيَةٖ ٢٢
19. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya
kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah
kitabku (ini)" 20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan
menemui hisab terhadap diriku 21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang
diredhai. 22. Di dalam surga yang tinggi.
(Al-Haqah: 19-22)
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ
يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ٢٥ وَلَمۡ
أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦ يَٰلَيۡتَهَا
كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧
25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya
dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya
tidak diberikan kepadaku kitabku (ini) 26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab
terhadap diriku 27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala
sesuatu.
(Al-Haqah: 25-27)
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧ فَسَوۡفَ
يُحَاسَبُ حِسَابٗا يَسِيرٗا ٨ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ
أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورٗا ٩ وَأَمَّا
مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ ١٠ فَسَوۡفَ
يَدۡعُواْ ثُبُورٗا ١١ وَيَصۡلَىٰ
سَعِيرًا ١٢
7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah
kanannya 8. maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah 9. dan dia
akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira 10. Adapun
orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang 11. maka dia akan berteriak:
"Celakalah aku" 12. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala
(neraka).
(Al-Insyiqaq: 7-12)
4. Manusia Hilang Ingatan ketika Dihudpkan Semula
Apabila
manusia berada dihadapan kertas yang menulis amalan mereka, mereka akan mula
menilainya. Kemungkinan – Wallahua`lam- kerana manusia dibangkitkan dalam
keadaan tidak mengingati amalan-amalan mereka. Allah berfirman:
يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا
عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ
٦
6. Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah
semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.
Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah
melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.
(Al-Mujadalah: 6)
Apabila
mereka telah mengingatinya, mereka akan menelitinya dan menilainya.
Telah
disebutkan di dalam hadis tentang cara penilaian itu. Kami telah sebutkan di
dalam kitab “Al-Ba`su wan Nusyur”. Antaranya ialah:
5. Allah Sendiri Akan Menilai Manusia Tanpa Sebarang
Perantara
259:
Diberitakan kepada kami oleh Abu al-Husain bin Bisyran, diceritakan kepada kami
oleh Abu Ja`far Muhammad bin `Amru ar-Razzaz, diceritakan kepada kami oleh
Abdullah bin Muhammad bin Syakir, diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah,
diceritakan kepada kami oleh al-A`masy, daripada Khaisamah bin Abdur Rahman,
daripada Adi bin Hatim, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ
وَبَيْنَهُ حَاجِبٌ وَلَا تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى
شَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا
يَرَى إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَمَامَهُ فَلَا يَرَى إِلَّا
النَّارَ فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ
Tidak ada seorang pun daripada kalangan kamu melainkan Tuhannya akan
berbicara dengannya tanpa sebarang halangan ataupun penterjemah. Lalu dia melihat ke
sebelah kanan, maka dia tidak melihat sesuatu apa pun melainkan amalan yang
telah dilakukannya. Kemudian dia melihat pula ke sebelah kirinya, di situ dia
tidak dapat melihat apa pun melainkan amalan yang telah lalu. Apabila dia
melihat kehadapan, dia tidak dapat melihat melainkan neraka sahaja. Maka
bertaqwalah daripada (terjerumus ke dalam) api neraka sekalipun sebesar biji
kurma.
Direkodkan oleh al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukharim
daripada Yusuf bin Musa, daripada Usamah.
Dalil-dalil ini membuktikan bahawa Allah sendiri akan
membuat penilaian terhadap para mukallaf. Allah akan membicarakan mereka
sekaligus, bukannya satu demi satu. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh semua
hadis yang berkaitan daripada Nabi SAW bahawa perbicaraan Allah kepada ahli
rahmah adalah menambahkan berita gembira dan kemuliaan mereka. Manakala
perbicaraan Allah kepada ahli `uqubah pula hanya menambahkan kerugian dan
kesedihan mereka.
Allah berfirman:
۞أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ
ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٦٠
60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu
hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagi kamu"
(Yasin: 60)
Serta banyak lagi dalil lain daripada al-Quran dan
as-Sunnah.
Dikatakan bahawa para malaikat akan membuat penilaian
bagi setiap makhluk dengan arahan Allah. Pendapat yang lain menytakan Allah
hanya menguruskan penilaian terhadap orang beriman, manakala malaikat pula
berperanan di dalam penilaian kepada orang kafir. Tetapi apa yang telah kami
buktikan telah jelas daripada as-Sunnah yang sahih. Lalu kami nyatakan bahawa
ia adalah pendapat yang paling kuat. wallahuA`lam.
No comments:
Post a Comment