Friday, September 4, 2015

Bab: Dalil Bahawa Iman dan Islam adalah dua perkara yang merujuk agama yang sama.

بَابُ الدَّلِيلِ عَلَى أَنَّ الْإِيمَانَ وَالْإِسْلَامَ عَلَى الْإِطْلَاقِ عِبَارَتَانِ عَنْ دِينٍ وَاحِدٍ

Allah berfirman:

{إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللهِ الْإِسْلَامُ}

Agama di sisi Allah ialah Islam
(Ali Imran: 19)

Firman Allah juga:
{قُولُوا آمَنَّا بِاللهِ}

Katalah: Kami beriman dengan Allah.
(al-Baqarah: 136)

Maka benarlah pendapat kita bahawa keimanan kepada Allah ialah Islam.

Allah berfirman di dalam Kisah Lut:

{فَأُخْرَجْنَا مَنْ كَانَ فِيهَا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ، فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ}

35. (setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang beriman yang tinggal di situ.

36. (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).

(Az-Zariyat, 35-36)

Sekali Allah menamakan mereka dengan (Mukminin) dan sekali dengan (Muslimin). Apa yang dikehendaki daripada ayat di atas ialah pembezaan agama mereka dengan orang lain. Maka benarlah iman dan Islam ialah dua kata nama bagi agama yang sama. Sekalipun hakikat kepada Islam ialah penyerahan (at-Taslim) dan hakikat iman ialah membenarkan (at-Tasdiq). Perbezaan hakikat tidak menghalang kedua-duanya daripada disandarkan kepada nama agama yang sama. Seperti al-Ghais dan al-Matr (Hujan), kedua-duanya adalah satu kata yang sama sekalipun maksud al-Ghais pada lidah bukanlah membawa maksud al-Matr.[1]

18 – AB Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Muqri’ al-Isfarainibiha, AB al-Hasan bin Muhammad bin Ishaq HS Yusuf bin Ya`qub al-Qadhi, HS `Amru bin Marzuq, HS Syu`bah daripada Abi Jamrah, daripada Ibnu Abbas RA:

أَنَّ وَفْدَ عَبْدِ الْقَيْسِ لَمَّا قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَنِ الْقَوْمُ؟ " قَالُوا: رَبِيعَةُ قَالَ: " مَرْحَبًا بِالْوَفْدِ غَيْرَ الْخَزَايَا وَلَا النَّادِمِينَ ".

Ketika para tetamu Abdul Qais bertemu Rasulullah SAW, baginda bertanya: Kaum manakah ini? Mereka menjawab: Rabi`ah. Lantas Nabi SAW bersabda: Selamat dating wahai tetamu yang hadir tanpa dipaksa dan menyesal.

 قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّا حَيٌّ مِنْ رَبِيعَةَ، وَإِنَّا نَأْتِيكَ مِنْ شُقَّةٍ بَعِيدَةٍ، وَإِنَّهُ يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ، هَذَا الْحَيُّ مِنْ كُفَّارِ مُضَرَ، وَإِنَّا لَا نَصِلُ إِلَيْكَ إِلَّا فِي شَهْرٍ حَرَامٍ، فَمُرْنَا بِأَمْرٍ، فَصْلٍ نَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا، وَنَدْخُلُ بِهِ الْجَنَّةَ

Mereka berkata: "Wahai Rasulullah kami adalah sekumpulan dari Rabi`ah. Kami datang dari perjalanan yang jauh sementara diantara kampung kami dan engkau ada kampung kaum kafir (suku) Mudhor. Kami tidak sanggup untuk mendatangi engkau kecuali di bulan suci. Ajarkanlah kami dengan satu perintah yang jelas, yang dapat kami amalkan dan kami ajarkan kepada orang-orang di kampung kami serta dengan begitu kami dapat masuk syurga."

 قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ، وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ: آمُرُكُمْ بِالْإِيمَانِ بِاللهِ وَحْدَهُ، أَتَدْرُونَ مَا الْإِيمَانُ بِاللهِ وَحْدَهُ؟ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَإِقَامُ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ، وَأَنْ تُعْطُوا مِنَ الْمَغَانِمِ الْخُمُسَ، وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ: عَنِ الدُّبَّاءِ، وَالْحَنْتَمِ، وَالنَّقِيرِ، وَالْمُزَفَّتِ " قَالَ: وَرُبَّمَا قَالَ: " الْمُقَيَّرُ احْفَظُوهُنَّ، وَادْعُوا إِلَيْهِنَّ مَنْ وَرَاءَكُمْ "

Rasulullah SAW menjawab: “Aku memerintahkan kalian 4 perkara serta aku melarang 4 perkara. Aku memerintahkan kalian untuk beriman dengan Allah semata-mata. Adakah kamu mahu tahu apakah maksud keimanan kepada Allah semata-mata? (Maksudnya ialah) Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah serta Muhammad ialah utusan Allah. Mendirikan solat, menunaikan zakat serta kalian mengeluarkan 1/5 daripada rampasan (ghanimah) perang. Aku melarang daripada kalian melakukan 4 perkara: Daripada meminum ad-Dubba’, al-Hantam, an-Naqir dan al-Muzaffat. Syu'bah menerangkan; terkadang beliau menyebutkan al-muqoyyar (bukan naqir). Kemudian Nabi SAW bersabda: "Jagalah semuanya dan beritahukanlah kepada orang-orang di kampung kalian".

Direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka daripada hadis Syu`bah dan lain-lain.

Di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW menamakan kalimah Syahadah sebagai iman. Manakala di dalam hadis yang lain baginda menggunakan kata nama Islam.

19-  Hadis tersebut sepertimana yang diberitakan kepada kami oleh Abdullah al-Huffaz, HS Abu Abdullah Muhammad bin Ya`qub, HS Yahya bin Muhammad bin Yahya dan Abu Abdullah Al-Busyanji, kedua-dua mereka berkata: HS Musaddad.

Dan AB Abu Nasr Amru bin Abdul Aziz bin Umar bin Qatadah sebahagian dari anak-anak an-Nu`man bin Basyir. HS Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Sa`ad al-Hafiz. HS Abu Abdullah Muhammad bin Usman bin Ghiyas, Hsni Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya`mar dan Humaid bin Abdul Rahman. Kedua-dua mereka berkata:

Kami bertemu Abdullah bin Umar lalu kami ceritakan tentang isu al-Qadr dan apa yang dikatakan orang tentangnya. Lantas Ibnu Umar berkata: Apabila kamu kembali kepada mereka, berkatalah bahawa Ibnu Umar berlepas diri daripada mereka. Serta kamu berlepas diri dengannya (sebanyak tiga kali). Kemudian Ibnu Umar terus berkata: Telah diceritakan kepadaku oleh Umar bahawa ketika mereka duduk bersama Nabi SAW, datang seorang lelaki yang mempunyai wajah yang tampan, rambut yang elok, serta memakai pakaian putih. Orang ramai saling melihat antara satu sama lain lalu berkata: Kami tidak mengenali orang ini serta dia bukan daripada orang pengembara.

قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ آتِيَكَ. قَالَ: " نَعَمْ ". قَالَ: فَجَاءَ فَوَضَعَ رُكْبَتَيْهِ عِنْدَ رُكْبَتَيْهِ، وَيَدَيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ،

Kemudian lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku menghampirimu? Baginda menjawab: Ya, boleh. Kemudian lelaki berkenaan menghampiri Nabi SAW serta meletakkan kedua-dua lututnya di sisi lutut Nabi SAW dan kedua-dua tangannya di atas paha Nabi SAW.

فَقَالَ: مَا الْإِسْلَامُ؟ قَالَ: " الْإِسْلَامُ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وحده، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ "

Seterusnya dia bertanya: “Apakah itu Islam?” Nabi SAW menjawab: Islam ialah penyaksian bahawaTiada Tuhan selain Allah serta Nabi Muhammad ialah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan serta menunaikan haji di Baitullah.

 فَمَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: " أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ، وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ، وَالْبَعْثِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَالْقَدَرِ كُلِّهِ ".

Apa pula maksud iman? Baginda menjawab: Kamu beriman dengan Allah, para malaikat, syurga dan neraka, kebangkitan setelah mati, serta mempercayai al-Qadr sepenuhnya.

قَالَ: فَمَا الْإِحْسَانُ؟ قَالَ: " أَنْ تَعْمَلَ كَأَنَّكَ تَرَى، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاه فَإِنَّكَ تُرَى "

Beliau bertanya lagi: Apa pula Ihsan? Baginda Nabi SAW menjawab: Kamu melakukan amalan seperti kamu melihat Allah. Sekiranya kamu tidak mampu melihat Allah maka ketahuilah bahawa Allah melihat kamu.

قَالَ: فَمَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ: " مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ ". قَالَ: فَمَا أَشْرَاطُهَا؟ قَالَ: " إِذَا رَأَيْتَ الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ، وَوَلَدَتِ الْإِمَاءَ أَرْبَابَهُنَّ "

Beliau bertanya lagi: bilakah akan berlakunya kiamat? Nabi menjawab: Orang yang bertanya lebih tahu daruipada orang yang ditanya. Kemudian lelaki berkenaan bertanya pula: Apakah tanda-tanda kiamat itu? Baginda menjawab: Di antara tanda-tandanya adalah jika engkau melihat orang yang miskin papa, tanpa alas kaki dan berbaju compang-camping serta para penggembala kambing berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan. Serta hamba melahirkan tuannya.

ثُمَّ قَالَ: " عَلَيَّ بِالرَّجُلِ " فَطَلَبُوهُ، فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا، فَلَبِثَ يَوْمَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً، ثُمَّ قَالَ: " يَا ابْنَ الْخَطَّابِ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ عَنْ كَذَا وَكَذَا؟ " قَالَ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: " ذَاكَ جِبْرِيلُ جَاءَكُمْ يُعَلِّمُكُمْ أَمْرَ دِينِكُمْ "

Setelah kejadian berkenaan, Nabi SAW bersabda: Bawakan kepadaku lelaki tempoh hari. Lantas para sahabat mencarinya namun mereka tidak dapat mengesannya. Sehingga berlalulah dua atau tiga hari. Kemudian Nabi berkata: Wahai anak al-Khattab! Tahukah engkau siapakah orang yang menyoal tentang hal demikian dan demikian? Umar menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda Nabi berkata: Itu ialah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan tentang urusan agama kamu.



[1] Di dalam al-Quran, perkataan al-Matr disandarkan kepada hujan yang membawa azab atau kecelakaan. Manakala a-Ghais pula disandar kepada hujan yang membawa rahmat atau kegembiraan. 

Sunday, May 31, 2015

Bab 8: Manusia Berkumpul Selepas Dibangkitkan (Bahagian 1)



وَهُوَ بَابٌ فِي حَشْرِ النَّاسِ بَعْدَ مَا يُبْعَثُونَ مِنْ قُبُورِهِمْ إِلَى الْمَوْقِفِ الَّذِي بَيَّنَ لَهُمْ مِنَ الْأَرْضِ
Ia adalah bab pada menyatakan: Manusia Berkumpul Selepas Dibangkitkan daripada Kubur Mereka Sehingga ke Tempat Yang Telah dijelaskan daripada Bumi.

1. Diserahkan Kitab Amalan

Orang-orang yang dikehendaki Allah akan dibangkitkan. Apabila sampai waktu yang dikehendaki Allah untuk dihisab, lalu diperintahkan kitab yang menyebutkan amal perbuatan manusia yang telah ditulis oleh al-Kiramul Katibun (untuk diberikan kepada mereka), lalu ia diserahkan. 

Sebahagian daripada mereka, ada yang diserahkan kitab amalannya daripada sebelah kanan – mereka itulah kelompok yang berbahagia (السعداء). Sebahagian yang lain diserahkan kitab amalannya daripada sebelah kiri atau daripada arah belakang – mereka itulah kelompok yang menderita (الأشقياء).

Allah berfirman di dalam surah al-Muthoffifin: 

أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ ٤ لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ ٥  يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٦
Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa mereka akan dibangkit pada suatu hari yang besar. Iaitu pada hari manusia menghadap Tuhan smesta alam.
(Al-Muthoffifin: 4-6)

2. Manusia Akan Berdiri di Atas Kaki

Diberitakan bahawa manusia pada hari kiamat nanti akan berdiri di atas kaki-kaki mereka. Telah dijelaskan bahawa tiada hal lain bagi mereka pada hari tersebut melainkan dalam keadaan berdiri. 

257: Diceritakan kepada kami oleh Abu al-Hasan al-`Alawi, diberitakan kepada kami oleh Abu Hamid – dia ialah Ibnu asy-Syarqi, diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Yahya az-Zuhli, diceritakan kepada kami oleh Ya`qub bin Ibrahim bin Sa`ad, diceritakan kepada bapaku, daripada Soleh bin Kaisan, diceritakan kepada kami oleh Nafi`, bahawa Abdullah bin Umar, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

يَقُومُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ حَتَّى يَغِيبَ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ
Manusia akan bangkit (berdiri) pada hari kiamat di hadapan Tuhan semesta alam sehingga seseorang akan tenggelam di dalam peluhnya sehingga ke pertengahan kedua-dua telinganya.

Hadis ini direkod oleh Muslim di dalam Sahih Muslim[1], daripada hadis Ya`qub. 

258: Diceritakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hafiz, diberitakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abdullah, diberitakan kepada kami oleh al-Hasan bin Sufyan, diceritakan kepada kami oleh al-Hakam bin Musa, diceritakan kepada kami oleh Yahya bin Hamzah, daripada Abdur rahman bin Yazid bin Jabir, beliau berkata: diceritakan kepada kami oleh Sulaim bin `Amir, diceritakan kepada kami oleh al-Miqdad bin al-Aswad, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah SAW berkata: 

تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ   قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ: فَوَاللهِ مَا أَدْرِي مَا عَنَى بِالْمِيلِ أَمَسَافَةُ الْأَرْضِ أَمِ الْمِيلُ الَّذِي يُكَحَّلُ بِهِ الْعَيْنُ. قَالَ: " فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حِقْوَيْهِ، ومَنْ يُلْجِمُهُ إِلْجَامًا " قَالَ: وَأَوْمَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فِيهِ
Matahari merendah kepada makhluk pada hari kiamat sehingga menjadi sejarak mail. Sulaim berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui maksud mail itu sama ada ia adalah jarak di bumi atau jarak sejauh mata memandang. Rasulullah meneruskan: Peluh manusia ketika itu akan dinilai berdasarkan kadar amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang peluhnya sehingga kedua-dua buku lalinya. Sebahagiannya sehingga lutut. Sebahagiannya sehingga pinggangnya. Sebahagiannya menahan dengan sungguh-sungguh: Rasulullah SAW mengisyaratkan kepada mulutnya. 

Direkodkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim daripada al-Hakam bin Musa. Kami telah menjelaskan segala hadis (yang berkaiatn isu ini) di dalam kitab al-Ba`s. 

Allah berfirman: 

وَكُلَّ إِنسَٰنٍ أَلۡزَمۡنَٰهُ طَٰٓئِرَهُۥ فِي عُنُقِهِۦۖ وَنُخۡرِجُ لَهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ كِتَٰبٗا يَلۡقَىٰهُ مَنشُورًا ١٣ ٱقۡرَأۡ كِتَٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبٗا ١٤
13. Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang ditemuinya dalam keadaan terbuka. 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".
(Al-Israa: 13-14)

Allah berfirman:
 وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ ١٠ كِرَامٗا كَٰتِبِينَ ١١  يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ ١٢
10. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu) 11. yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu) 12. mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Infithar: 10-12)

إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٞ ١٧  مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨
17. (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. 18. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
(Qaf: 17-18)

هَٰذَا كِتَٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّا كُنَّا نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٢٩
29. (Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan"
(Al-Jasiyah: 29)

3. Orang Yang Menerima Kitab Akan Memberi Ulasan

Diberitahu kepada kita bahawa orang yang akan membaca kitab mereka akan berkata: 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩
49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun"
(Al-Kahfi: 49)

Orang yang diberi kitab mereka daripada arah kanan akan berkata: 

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ ١٩ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠  فَهُوَ فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ ٢١  فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ ٢٢
19. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)" 20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku 21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai. 22. Di dalam surga yang tinggi.
(Al-Haqah: 19-22)

وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ٢٥ وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦  يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧
25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini) 26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku 27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.
(Al-Haqah: 25-27)

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧  فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابٗا يَسِيرٗا ٨ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورٗا ٩  وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ ١٠ فَسَوۡفَ يَدۡعُواْ ثُبُورٗا ١١  وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا ١٢
7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya 8. maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah 9. dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira 10. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang 11. maka dia akan berteriak: "Celakalah aku" 12. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).
(Al-Insyiqaq: 7-12)

4. Manusia Hilang Ingatan ketika Dihudpkan Semula

Apabila manusia berada dihadapan kertas yang menulis amalan mereka, mereka akan mula menilainya. Kemungkinan – Wallahua`lam- kerana manusia dibangkitkan dalam keadaan tidak mengingati amalan-amalan mereka. Allah berfirman:

يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ ٦
6. Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.
(Al-Mujadalah: 6)

Apabila mereka telah mengingatinya, mereka akan menelitinya dan menilainya. 

Telah disebutkan di dalam hadis tentang cara penilaian itu. Kami telah sebutkan di dalam kitab “Al-Ba`su wan Nusyur”. Antaranya ialah:
 
5. Allah Sendiri Akan Menilai Manusia Tanpa Sebarang Perantara

259: Diberitakan kepada kami oleh Abu al-Husain bin Bisyran, diceritakan kepada kami oleh Abu Ja`far Muhammad bin `Amru ar-Razzaz, diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Muhammad bin Syakir, diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah, diceritakan kepada kami oleh al-A`masy, daripada Khaisamah bin Abdur Rahman, daripada Adi bin Hatim, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:  

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ حَاجِبٌ وَلَا تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَمَامَهُ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ
Tidak ada seorang pun daripada kalangan kamu melainkan Tuhannya akan berbicara dengannya tanpa sebarang halangan ataupun penterjemah. Lalu dia melihat ke sebelah kanan, maka dia tidak melihat sesuatu apa pun melainkan amalan yang telah dilakukannya. Kemudian dia melihat pula ke sebelah kirinya, di situ dia tidak dapat melihat apa pun melainkan amalan yang telah lalu. Apabila dia melihat kehadapan, dia tidak dapat melihat melainkan neraka sahaja. Maka bertaqwalah daripada (terjerumus ke dalam) api neraka sekalipun sebesar biji kurma.

Direkodkan oleh al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukharim daripada Yusuf bin Musa, daripada Usamah.

Dalil-dalil ini membuktikan bahawa Allah sendiri akan membuat penilaian terhadap para mukallaf. Allah akan membicarakan mereka sekaligus, bukannya satu demi satu. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh semua hadis yang berkaitan daripada Nabi SAW bahawa perbicaraan Allah kepada ahli rahmah adalah menambahkan berita gembira dan kemuliaan mereka. Manakala perbicaraan Allah kepada ahli `uqubah pula hanya menambahkan kerugian dan kesedihan mereka. 

Allah berfirman:
۞أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٦٠
60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
(Yasin: 60)

Serta banyak lagi dalil lain daripada al-Quran dan as-Sunnah. 

Dikatakan bahawa para malaikat akan membuat penilaian bagi setiap makhluk dengan arahan Allah. Pendapat yang lain menytakan Allah hanya menguruskan penilaian terhadap orang beriman, manakala malaikat pula berperanan di dalam penilaian kepada orang kafir. Tetapi apa yang telah kami buktikan telah jelas daripada as-Sunnah yang sahih. Lalu kami nyatakan bahawa ia adalah pendapat yang paling kuat. wallahuA`lam.


[1] Bilangan 2196/4.